fbpx

PRU15: Mustaqim, Ara Johari teruja iringi calon BN Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar (dua kiri) bersama dua selebriti, Ara Johari dan Mustaqim Bahadon turut membantu kempen calon BN Sepang ketika mengadakan 'walkabout' di Pekan Lama Salak, Sepang di sini, hari ini - Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Dua artis tempatan teruja mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran berkempen untuk kerusi Parlimen Sepang hari ini.

Malahan, mereka juga kelihatan seronok dapat mendampingi masyarakat setempat sambil beramah mesra dalam sesi santai calon seawal pukul 8 pagi yang dijadualkan hingga lewat petang.

Menurut Mustaqim Bahadon, 37, meskipun sibuk namun mereka berkesempatan mengajak para pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab pada 19 November ini.

“Kita sebagai rakyat kena bijak memilih pemimpin berwibawa dan boleh mentadbir negara.  Maka pilih BN kerana gabungan ini terbukti paling baik,” katanya ketika ditemui pemberita.

Turut sependapat ialah Ara Johari, 25, yang menyifatkan PRU15 memberikan peluang kepada pengundi memilih wakil rakyat yang dapat memimpin komuniti dengan baik.

“Kita hendak cari pemimpin bertanggungjawab dan membentuk kerajaan yang betul, bagi saya biarlah kita tidak salah memilih atau menyesal untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Pada masa sama, Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari berkata, beliau akan membantu kempen setakat yang mampu dan menyeru rakyat turun mengundi beramai-ramai.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI