fbpx

Magis Emery kecewakan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAILEY (tengah) membuka tirai jaringan buat Villa dalam kemenangan 3-1 ke atas United di Villa Park sebentar tadi. - AFP

BIRMINGHAM – Unai Emery membuktikan pelantikannya sebagai pengurus Aston Villa adalah tindakan tepat selepas menewaskan Manchester United 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Kemenangan itu merupakan permulaan terbaik buat Emery, 51, dalam perlawanan pertamanya bersama Villa selepas dilantik pada 1 November lalu mengisi tempat Steven Gerrard yang dipecat pertengahan bulan lalu.

Menariknya, kehadiran Emery di tepi padang seolah-olah memberikan ‘nafas’ baharu buat Villa yang baru sahaja dibelasah 0-4 oleh Newcastle United di St. James Park minggu lalu.

Ia terbukti menerusi dua gol pantas Villa dalam tempoh 11 minit pertama aksi di Villa Park itu melalui jaringan cantik Leon Bailey dan sepakan percuma menarik Lucas Digne pada minit ketujuh serta 11.

RONALDO (dua dari kanan) terlibat dalam insiden kekecohan dengan pemain pertahanan Villa, Tyrone Mings pada aksi di Villa Park sebentar tadi. – AFP

Biarpun pengurus United, Erik ten Hag meletakkan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama serta memberikan lilitan kapten kepada pemenang lima Ballon d’Or itu tetapi ia masih gagal menghadirkan impak positif.

Sebaliknya, Villa yang dilihat benar-benar mengancam gawang The Red Devils sehingga terhasilnya gol ketiga melalui Jacob Ramsey pada minit ke-49.

United pula terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila sekadar meraih satu gol hasil jaringan sendiri Ramsey pada penghujung babak pertama.

Keputusan itu secara tidak langsung menamatkan rekod cemerlang United yang tidak tewas sembilan perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan sejak dibelasah 3-6 oleh Manchester City pada 2 Oktober lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI