fbpx

Liverpool, Real ulangan aksi final 2021/22

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL tewas kepada Real dengan keputusan 0-1 pada aksi final Liga Juara-Juara di Stade de France musim lalu. - AFP

NYON, Switzerland – Peluang Liverpool untuk melangkah ke pentas final Liga Juara-Juara musim ini dilihat sukar selepas diundi bertemu juara bertahan, Real Madrid pada pusingan 16 terbaik.

Pertembungan itu ibarat ulangan aksi final Liga Juara-Juara musim lepas menyaksikan The Reds tewas 0-1 kepada Real menerusi gol tunggal Vinicius Junior di Stade de France pada 28 Mei lalu.

Liverpool juga tidak mempunyai rekod bagus menentang juara Sepanyol itu apabila menang tiga kali, seri sekali dan tewas lima perlawanan sepanjang sembilan pertemuan antara kedua-dua pasukan.

Kali terakhir skuad bimbingan Jurgen Klopp itu mencatat kemenangan ke atas Real adalah sewaktu aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara dengan keputusan 4-0 di Anfield pada musim 2008/2009.

Berdasarkan prestasi semasa, ia pastinya bukan tugas mudah buat Liverpool yang akan menanti kunjungan Real di Anfield pada Februari 2023 sebelum aksi timbal balik di Santiago Bernabeu sebulan kemudian.

Dua lagi wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) turut diundi bertemu lawan sukar seperti Tottenham Hotspur menentang juara Itali, AC Milan, manakala Chelsea berdepan naib juara Bundesliga, Borussia Dortmund.

Situasi berbeza pula buat juara bertahan EPL, Manchester City yang dijangka tiada masalah melangkah ke peringkat suku akhir apabila diundi bertemu RB Leipzig.

Selain City, satu lagi gergasi Eropah yang tidak pernah menjulang gelaran Eropah iaitu Paris Saint-Germain (PSG) diundi menentang bekas juara enam kali, Bayern Munich.

Baki tiga lagi undian pusingan 16 sebentar tadi menyaksikan Inter Milan menentang Porto, Club Brugge berdepan Benfica dan Eintracht Frankfurt bertemu Napoli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI