fbpx

Lelaki kecewa ditinggalkan tunang curang di OMI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar yang dimuat naik oleh @ezdsh yang kecewa dengan tindakan tunangnya keluar dengan lelaki lain sedangkan dia berusaha membanting tulang demi menghalalkannya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki kecewa apabila hubungan yang dibina selama sembilan tahun musnah sekelip mata apabila gadis tunangannya bertemu dengan lelaki lain yang dikenali menerusi aplikasi cari jodoh OMI.

Lelaki berkenaan mendakwa sepanjang enam bulan, tunangannya kelihatan begitu aktif menggunakan aplikasi tersebut dan melayan lelaki lain, sedangkan dia berusaha membanting tulang untuk mencari duit kahwin demi menghalalkan hubungan mereka.

“Dahulu, awak kata tidak mudah selesa dengan orang lain, tetapi apabila sekali terjebak dengan OMI, terus keluar dengan lelaki lain. Selepas itu, apabila sudah terbiasa, awak bersosial sampai sanggup membuka tudung.

“Benarlah kata orang, jangan terlalu berharap kepada manusia, faham. Saya sendiri sudah berusaha untuk dia, tetapi dia pula curang. Apa sebenarnya yang dia inginkan?

“Hampir setiap hari bergaduh disebabkan ingin mencari cara untuk putus. Punca? Sebab sudah bertemu dengan lelaki lain,” luahnya menerusi akaun Twitternya, @ezdsh.

Menurut postingnya lagi, dia berharap agar tunangannya itu merasakan apa yang dialami olehnya sepanjang enam bulan tersebut.

“Terima kasih untuk sembilan tahun. Awak banyak mengajar saya erti kesabaran dan kesetiaan yang sebenar.

“Saya berharap awak tidak melupakan orang yang sudah bekerja keras dan berusaha mempertahankan awak walaupun awak curang,” tambahnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati mereka terhadap pemuda tersebut dan ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka menggunakan aplikasi berkenaan.

“Sebagai individu yang pernah memberi peluang kepada seseorang sebanyak tiga kali, saya menasihatkan untuk tidak memberi peluang kedua kepada individu sebegini,” ujar seorang pengguna di Twitter.

“Disebabkan aplikasi ini jugalah saya ditinggalkan dan disakitkan hati oleh bekas kekasih saya. Salah saya juga, mudah sangat memberi hati kepada orang baru dikenali,” tulis seorang lagi pengguna.

Pemuda berkenaan sempat meninggalkan pesanan jika inginkan hubungan yang sihat, elakkan daripada terjebak dengan aplikasi OMI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI