fbpx

‘Kluster Dah Legenda’ di Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Satu kluster Covid-19 baharu dilaporkan di Sungai Petani dekat sini yang dikenali sebagai Kluster Dah Legenda.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, kluster tersebut telah didaftarkan Jabatan Kesihatan Negeri, hari ini.

Katanya, kemunculan kluster itu perlu dijadikan peringatan kepada semua pihak agar tidak mengambil mudah mengenai aspek kesihatan, terutama ketika berada di kawasan sesak.

“Sejak hari penamaan calon, jumlah kes semakin meningkat dengan tiga daerah yang mempunyai kes positif terbanyak adalah Kulim, Kuala Muda dan Alor Setar.

“Sejak 2 November lalu, kes positif di negeri ini adalah lebih 100 sehari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat 118 kes dicatatkan di negeri ini pada semalam.

“Kes terbanyak semalam dicatatkan di Kulim berjumlah 40 diikuti 24 kes di Kota Setar dan 22 kes di Kuala Muda,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak mengambil remeh soal kesihatan terutama sepanjang musim pilihan raya ini.

“Ini kerana sub varian Omicron XBB sudah dikesan di negara ini.

“Setakat ini Omicron XBB masih belum sampai di Kedah dan kita harap rakyat beri perhatian terhadap perkara ini, terutama menjelamg PRU,” jelasnya.

Tambahnya, mereka yang bergejala diminta untuk tidak berada di tempat sesak dan pakai pelitup muka serta perlindungan lain.

“Ketika ini di klinik-klinik kesihatan kerajaan pun masih boleh buat ujian saringan Covid-19. Jadi, sila ambil langkah perlu jika ada gejala dalam kalangan diri sendiri atau ahli keluarga masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI