fbpx

Isteri pengsan, terkejut lihat rumah sewa terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Norihar (depan) melihat keadaan rumah sewanya di RKT Jeram Tekoh, Gua Musang yang musnah dalam kebakaran semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang wanita pengsan selepas terkejut melihat rumah sewanya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh di sini musnah dalam kebakaran semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Sakarueno Abdullah, 45, sempat melihat api sedang marak membakar rumah yang menjadi tempat tinggal bersama suami dan empat orang anaknya sebelum tiba-tiba rebah.

Suami mangsa, Che Norihar Che Nawi, 45, berkata, isterinya terus dikejarkan ke Klinik Kesihatan Jeram Tekoh di sini untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, dia mengalami kerugian kira-kira RM20,000 selepas barangan dan peralatan elektrik mereka musnah dalam kejadian kebakaran itu.

“Kami tiada di rumah ketika kejadian sebelum bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan seorang rakan mengenai keadaan rumahnya.

“Ketika sampai di rumah, api sedang marak dan kami tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda dan kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Che Norihar berkata, mereka kini menumpang di rumah keluarga mentuanya yang terletak di dalam kampung sama.

Katanya, dia bersama isteri dan empat anak berusia enam hingga 25 tahun menyewa di rumah itu sejak empat tahun lalu dengan bayaran sewa RM200 sebulan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI