fbpx

Fakhiz V.E reda, anak sakit mungkin teguran Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAKHIZ mengakui tumpuannya terganggu ketika konsert minggu kelapan GV9 malam tadi kerana memikirkan keadaan anaknya yang tidak sihat.

SHAH ALAM – “Kadang-kadang kita silap dan lali, jadi Allah nak beri pesan kerana dia cemburu kita lebih sayangkan anak.”

Demikian luahan ahli kumpulan V.E, Fakhiz Yunos sewaktu berkongsi masalah kesihatan anaknya, Jauza Hanania yang ditahan di wad Hospital Shah Alam sejak minggu lalu akibat jangkitan kuman dalam usus.

Ujar Fakhiz, 40, keadaan anaknya agak teruk selepas muntah-muntah sebelum doktor memaklumkan bayi berusia dua bulan itu mengalami keracunan makanan akibat minum air tercemar.

“Pada awalnya dia hanya berak dan muntah tetapi apabila melihat warna muntah sama dengan najisnya terus saya bawa ke hospital.

“Doktor sahkan usus serta darahnya mengalami jangkitan kuman dan telah memasukkan antibiotik ke dalam badannya,” kongsinya.

Menurut Fakhiz lagi, disebabkan mengalami gangguan pada perut, anaknya juga hilang selera menyusu sehingga menyebabkan kandungan gula dalam darah merosot.

Reda dengan apa yang berlaku, penyanyi itu turut berpesan kepada isterinya, Aisyah Al-Qudsy supaya bersabar menerima ketentuan-Nya.

“Saya pesan kepada isteri, apa yang penting usaha buat masa sekarang dan perlu reda untuk perkara masa lalu dan akan datang,” katanya lagi.

Meskipun nampak tenang ketika membuat persembahan sewaktu konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) minggu kelapan malam tadi, Fakhiz mengakui konsentrasinya agak terganggu memikirkan tentang anaknya.

“Sehari sebelum konsert saya lupa keseluruhan lirik dan dibantu oleh Hakim. Ada kalanya kalau nampak saya termenung, mereka (anggota V.E) akan menepuk saya untuk kembali sedar.

“Sebelum ini ‘orang rumah’ tolong siapkan segalanya sebelum ke konsert. Sekarang dia tiada, rasa kepincangan sedikit,” tutur bekas pramugara itu.

Fakhiz yang ditemui semasa sidang media konsert GV9 di Auditorium MBSA, Shah Alam bagaimanapun bersyukur apabila berjaya mempamerkan persembahan cemerlang sehingga menerima komen positif daripada Datuk Shafinaz mengenai kekuatan vokalnya.

“Saya bukan artis yang mempunyai banyak pengalaman di pentas besar sebegini. Jadi, saya tidak mengharapkan apa-apa.

“Juri ada lebih banyak pengalaman dan saya sangat memerlukan bimbingan daripada mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI