fbpx

EPL: Guardiola anggap kejayaan paling manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CANCELO dilayangkan kad merah menyebabkan City terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh lebih sejam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola meng­anggap kemenangan drama­tik 2-1 yang direkodkan ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam antara yang paling manis sepanjang membimbing The Citizens.

Sebagai rekod, City terpaksa berjuang lebih daripada 60 minit de­ngan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Joao Cancelo dila­yangkan kad merah pada babak pertama.

Namun, situasi tersebut tidak memberi kesan kepada pasukan tuan rumah yang meraih gol kemenangan pada masa kecede­raan selepas penyerang sensasi, Erling Haaland menyempurnakan sepakan penalti.

Kata Guardiola, apa yang barisan pemain pamerkan sepanjang perlawanan sesuatu di luar jangkaan terutama apabila masih mampu mendominasi saingan walaupun kekurangan seorang pemain.

“Bukan mudah untuk beraksi hampir 65 minit dengan 10 pemain, tetapi semua yang beraksi di atas padang memberikan komitmen seratus peratus.

“Jika dinilai sepanjang tujuh tahun saya berada di sini, boleh dikatakan kemenangan ke atas Fulham adalah yang terbaik di City kerana mungkin sukar untuk kita bersaing mempertahanan gelaran liga andai keciciran mata kali ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali dari Sepanyol itu mengakui Cancelo layak untuk dibuang padang selain kehadiran semula Haaland ­memberi sengat di jentera sera­ngan.

“Cancelo adalah pertahanan terakhir ketika itu dan dia wajar dilayangkan kad merah atas kekasaran yang dilakukan.

“Me­ngenai Haaland pula, dia sudah memberikan yang terbaik sebagai pemain gantian meskipun belum memiliki kecergasan penuh,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI