fbpx

Elak kenderaan berhenti, pemandu treler cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan hadapan treler yang remuk teruk dalam kejadian kemalangan di kilometer 21, Jalan Kuala Pilah - Simpang Pertang, di sini, petang tadi. - IHSAN PEMBACA

JEMPOL – Seorang pemandu treler berdepan detik cemas apabila terbabit nahas sewaktu mengelak kenderaan berhenti di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa seorang lelaki berusia 53 tahun cedera di kaki dan dikejarkan ke Hospital Jempol bagi mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, pemandu datang dari arah Jerantut, Pahang, selepas menghantar petrol dan dalam perjalanan menghala ke Seremban.

“Setibanya di lokasi, kenderaan mangsa terbabas dan terlanggar paip air ketika mengelak kereta di hadapannya yang tiba-tiba berhenti untuk membelok ke kanan.,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook memberitahu, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI