fbpx

Doktor digantung tugas kerana bertengkar dengan pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOKTOR itu dirakam duduk bersila di atas kerusi sambil bermain telefonnya. - Twitter

BANGKOK – Seorang doktor di sebuah hospital di wilayah Chiang Rai, utara Thailand digantung tugas dan berdepan siasatan Majlis Perubatan Thailand (MCT) kerana bertengkar dengan pesakit, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pengarah Hospital Chiang Saen, Sookchai Theansavettrakul berkata, pertengkaran berpunca daripada masalah komunikasi antara doktor itu dengan pesakit dan saudara-maranya.

Sookchai berkata, pihak hospital telah menggantung tugas doktor itu selama lima hari sementara menunggu keputusan siasatan dalaman. 

Klip video yang tular di media sosial memaparkan doktor itu duduk bersila di atas kerusi sambil bermain telefon bimbit. Dia didakwa memanggil pesakit itu dan saudara-maranya dengan perkataan ngo (bodoh) ketika mereka bertengkar.

Pesakit berusia 36 tahun itu dilaporkan hamil 12 minggu. Dia datang ke hospital kerana mengalami loya dan sukar makan, selain mengadu berasa letih dan sakit perut.

Di bilik kecemasan, doktor tersebut mahu memberikan suntikan ubat tetapi pesakit menolak kerana mendakwa  alah pada picagari. Dia sebaliknya meminta ubat diberikan  menerusi kaedah intravena. Doktor itu bagaimanapun menolak permintaannya dan pertengkaran berlaku antara mereka.

MCT telah menghubungi pihak hospital dan akan mengetuai siasatan.

Dalam satu hantaran di Facebook, Setiausaha Agung MCT, Itthaporn Kanacharoen berkata bahawa selepas menyemak kes itu, pihaknya akan menyiasat doktor tersebut kerana ‘berkelakuan tidak sopan terhadap pesakit semasa rawatan’ sekali gus mencemarkan martabat dan reputasi kerjaya itu.

Selepas itu, MCT akan mempertimbangkan sebarang penalti yang akan dikenakan kepada doktor tersebut.

Itthaporn bagaimanapun meminta orang ramai memahami keadaan kerja kakitangan perubatan yang tertekan sehingga boleh mencetuskan perbalahan sedemikian. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI