fbpx

Ateez beri RM340,000 untuk mangsa tragedi Itaewon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN ATEEZ

KUMPULAN Ateez dilaporkan menyalurkan sumbangan kepada Persatuan Bantuan Bencana Korea sebanyak 100 juta won (RM340,000) untuk membantu pemulihan tragedi Itaewon.

Sumbangan Ateez disalurkan sepenuhnya kepada pertubuhan tersebut dan menyatakan rasa dukacita atas tragedi berkenaan.

Laporan mengesahkan bahawa sumbangan tersebut adalah hasil yang diperoleh dari aktiviti jelajah dunia kumpulan itu.

Selain membantu mangsa tragedi Itaewon, salah seorang anggotanya iaitu Hongjoong membuka pameran fotografi.

Peminat yang hadir ke pameran tersebut berpeluang menyalurkan sumbangan untuk tabung biasiswa kanak-kanak yang bercita-cita menjadi ahli muzik.

Hongjoong membuka pameran tersebut sempena sambutan hari lahirnya pada hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI