fbpx

‘Allah uji kakak Jahidah, saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EBIT LEW menadah tangan berdoa buat Jahidah yang terlantar koma dan bayinya yang didukung Fauziah ketika melawat dua beranak itu di Seremban kelmarin.

SEREMBAN – Pesanan dititipkan pendakwah bebas, Ebit Lew ketika menziarah mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 43, memberi semangat buat ahli keluarganya untuk te­rus kuat menjaga wanita itu yang masih terlantar koma.

Adik mangsa, Fauziah, 40, yang kini menggalas tanggungjawab menjaga Jahidah berkata, dia berasa tersentuh hati dengan kata-kata Ebit Lew mengenai ujian berat dihadapi kakaknya yang akan mengangkat darjat serta ganjaran wanita itu untuk ke s­yurga.

“Ebit Lew ada berkongsi tentang kisah nabi. Beliau beritahu ujian yang diberikan Allah termasuk kepada kakak akan me­ngangkat darjat seseorang dan keluarga yang mana mereka akan beroleh pahala besar ke syurga.

“Beliau beritahu Allah bukan sahaja menguji Jahidah, tetapi saya untuk menjaga kakak dan anaknya, Eshan Nufail. Tidak semua orang boleh memikul tanggungjawab besar ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Fauziah, kedata­ngan Ebit Lew yang melawat Jahidah dan bayinya di rumahnya di Bandar Sri Sendayan di sini pagi semalam amat dihargai oleh mereka sekeluarga.

“Sehari sebelum itu, Ebit Lew ada menghantar mesej di Instagram dan menyatakan hasrat untuk melawat kakak. Semalam (kelmarin) dia terus datang.

“Alhamdulillah, Ebit Lew turut mendoakan agar kakak (Jahidah) kembali sihat dan Eshan Nufail menjadi anak yang soleh,” katanya.

Dalam hantaran di Facebook Ebit Lew kelmarin, beliau me­luahkan rasa sayu selepas melawat Jahidah yang koma sejak setahun lalu dipercayai akibat dicederakan suaminya. Ketika kejadian, wanita itu sedang mengandung enam minggu.

Jahidah boleh membuka mata, namun tidak dapat memberikan sebarang respons.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuknya retak.

Pada awalnya, Jahidah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI