fbpx

Aksi terakhir Pique bersama Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIQUE mengumumkan persaraannya selepas beraksi pada perlawanan terakhir bersama Barcelona ketika menentang Almeria awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Tonggak pertahanan berpengalaman, Gerard Pique menegaskan, ia bukan ‘perpisahan’ apabila meng­umumkan persaraan selepas bermain perlawanan terakhirnya bersama Barcelona di Camp Nou.

Pique, 35, mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong di stadium itu selepas dikeluarkan pada minit ke-84 sewaktu menewaskan Almeria 2-0 dalam aksi La Liga awal pagi semalam.

Bekas bintang Sepanyol itu sebelum ini sudah mengumumkan hasratnya bersara dengan Barcelona juga bersetuju untuk menamatkan kontraknya beberapa minggu sebelum Piala Dunia Qatar 2022 bermula.

“Anda perlu melepaskan sesuatu yang anda mahukan walaupun perasaan cinta dan sayang saya terhadap Barcelona amat tinggi.

“Ini adalah masa terbaik untuk meninggalkan pasukan ini, tetapi saya yakin akan kembali semula di sini pada masa depan.

“Bagi saya, ini bukan ‘perpisahan’. Saya bersama Barcelona sejak dilahirkan lagi dan saya juga akan ‘mati’ di sini,” kata Pique.

Difahamkan, ia juga berkemungkinan besar menjadi perlawanan terakhir Pique bersama The Catalans dan namanya juga hampir pasti tiada dalam senarai untuk aksi seterusnya menentang Osasuna pada Rabu ini.

Sebagai rekod, dua gol Barcelona ke atas Almeria awal pagi semalam dijaringkan oleh Ousmane Dembele dan Frenkie de Jong masing-masing pada minit ke-48 serta 62.

Kemenangan itu memboleh­kan Barcelona melonjak ke tangga teratas La Liga buat sementara waktu memandangkan juara bertahan, Real Madrid masih memiliki satu perlawanan dalam tangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN