fbpx

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Musa Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah yang dimuat naik di laman Instagram Instana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Ucapan itu disampaikan susulan anaknya, Mariana Musa, yang telah kembali ke Rahmatullah, Sabtu lalu.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI