fbpx

Warga emas ditemui meninggal dunia tepi lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas ditemui sudah meninggal dunia di dalam kenderaan di kilometer 224.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), awal pagi tadi. - IHSAN POLIS

REMBAU – Seorang warga emas ditemui sudah meninggal dunia di dalam kenderaan di kilometer 224.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, mangsa berusia 64 tahun, ditemui oleh pekerja syarikat konsesi yang melakukan rondaan dan ternampak kereta jenis Toyota Camry.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.30 pagi dan siasatan awal mendapati kematian disyaki disebabkan serangan jantung berdasarkan ubat semput dan jantung di dalam kenderaan.

“Mayat telah di bawa ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat dan waris juga telah dihubungi,” katanya hari ini.

Difahamkan mangsa dalam perjalanan dari Melaka ke Shah Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI