MEDIA sosial baru-baru ini dikecohkan dengan isu cari jodoh pasangan sekufu.
Kata netizen, jika pemikiran dan gaya hidup tidak sealiran, akan memberi banyak komplikasi terhadap sesebuah hubungan.
Nampaknya, pelakon Uyaina Arshad juga bersetuju dengan pandangan itu, katanya, pasangan perlukan radar yang sama untuk mengecap bahagia.
“Saya setuju, memiliki gelombang yang sama dengan pasangan sangat penting.
“Semua itu beri kesan apabila membuat keputusan bersama pada masa hadapan. Kata tak sehaluan boleh bergaduh.
“Gelombang tak sama, boleh bergaduh dan membawa kepada tidak bahagia,” ciapnya.
Ada benarnya juga yang disuarakan pelakon drama Love Elsa ini. Kalau pemikiran tidak sealiran, akan mudah cetuskan perbalahan kemudian bercerai-berai.
Ketika itulah muncul banyak alasan seperti tiada persefahaman dan tidak sehaluan. Diva sering juga dengar alasan begini apabila ada selebriti bercerai.
Apa pun, jodoh, ajal dan maut semuanya terletak di tangan Tuhan. Jangan berhenti berusaha untuk bahagia ya.
DIVA: Ramai berpendapat Caprice sudah agak perlahan dalam memberi komen terhadap banyak isu. Ada yang naik rimas dengan setiap pendapatnya.