fbpx

Runcing! Eyka Farhana belanja paha, betis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA ‘daring’ Eyka Farhana yang menikam pandangan mata.

DIVA kagum betul dengan pelakon Eyka Farhana. Macam mana dia boleh ada jiwa dan hati yang kebal dengan kecaman.

Cakaplah apa sahaja, kecamlah dengan kata-kata pedas, Eyka tetap menjadi dirinya. Kalau Diva mungkin sudah seharian murung.

Sekali lagi, pelakon berusia 27 tahun itu dikritik, malah ‘ditarbiah’ netizen gara-gara tampil dengan imej memakai skirt pendek sehingga paras paha.

Sudahlah skirt yang digayakan itu terlalu pendek, aksi yang dipamerkan Eyka ketika bergambar juga kelihatan begitu daring apabila dilihat seperti sengaja nak tayang betis dan pahanya yang runcing.

Mungkin sebab Eyka mahu memberi kesan ilusi agar kakinya kelihatan panjang. Maklumlah, Eyka orangnya kecil molek.

Gaya yang dipamerkan itu sekali gus mendapat teguran netizen apabila meminta Eyka untuk lebih sopan, awak Melayu.

“Semoga awak mendapat hidayah. Islam itu indah. Sama-sama kita belajar,” tegur seorang netizen.

“Pendek sangat skirt tu kakak,” kata seorang pengikutnya.

“Semoga kita semua diberikan kekuatan dan keimanan menutup aurat,” kata seorang pengguna Instagram.

Nasihatlah selagi boleh. Tapi janganlah sampai hina atau aibkan orang.

DIVA: Ramai tidak puas tonton konsert Rossa baru-baru ini. Meletup!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI