fbpx

Rezeki kahwin memang luar biasa – Fiza Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZA THOMAS

KALAU sebut namanya, mungkin ada yang cuba mengenal pasti siapakah gerangan wanita itu dalam industri.

Tidaklah begitu terkenal, namun hakikatnya Fiza Thomas pernah cuba mencipta nama menerusi program realiti popular, Akademi Fantasia 2016 (AF2016) biarpun hanya mampu memenangi tempat kelima.

Biarpun sudah banyak membintangi drama dan telefilem, namun kelibatnya selama ini kurang disedari dek sekadar watak tempelan yang mengisi cerita.

Perlahan-lahan mencari rentak, pemilik nama lengkap Nur Hafizah Longkip @ Thomas itu mengakui kehadirannya mula dihargai, sekali gus kerap menerima watak besar dan berdiri sebaris dengan pelakon utama.

Situasi tersebut dipercayai Fiza sebagai rezeki yang muncul selepas dia mendirikan rumah tangga bersama suami, seorang kerabat diraja Kelantan.

Sejak bergelar isteri sekitar Julai lalu, wanita berusia 29 tahun itu mengakui, rezeki berkahwin sangat luar biasa.

Tawaran lakonan semakin banyak, malah bakatnya kian disedari rumah produksi yang menawarkan watak penting.

“Rezeki kahwin memang lain macam. Contoh dari segi kerjaya, dulu selalu dapat watak biasa-biasa saja. Sekarang dah ‘upgrade’.

“Orang dah nampak lakonan saya ke arah lain dengan watak yang lebih besar, contohnya karakter jahat atau kena pukul dan ludah.

Alhamdulillah, rezeki kahwin memang luar biasa,” ujarnya teruja.

SELEPAS kali terakhir berlakon teater pada 2019 menerusi Ola Bola The Musical, Fiza kembali
di pentas muzikal menerusi Jula Juli Bintang Tujuh yang dipentaskan di Istana Budaya minggu lalu.

Dia juga diberi peluang berlakon sebaris nama popular Emma Maembong dan Kodi Rasheed dalam telefilem Busung Katak.

Akui Fiza, bakatnya disedari umum hanya selepas enam tahun bergelar pelakon.

“Mungkinlah, orang baru nampak saya. Orang baru perasan bakat saya.

“Ketika diberi kepercayaan berlakon bersama Emma dan Kodi, rasa tak percaya juga sebab mereka nama besar. Selama ini, saya cuma dapat watak ‘belakang’ saja,” katanya lagi.

Fiza yang turut membintangi drama Jesnita turut juga bakal muncul dalam sebuah naskhah terbitan Zeel Production membawa watak sebagai wanita Filipina.

Semakin laris disambar produksi drama, Fiza yang juga pelakon teater itu mengakui apa sahaja bentuk tawaran yang datang, sama ada untuk televisyen atau pementasan teater akan diterima dengan hati terbuka.

Untuk masa sekarang, Fiza meletakkan had terhadap tawaran teater kerana mahukan naskhah besar, terutama bercorak muzikal.

“Kalau boleh, saya nak sertai pementasan yang besar dan muzikal saja. Kalau teater yang ‘deep’ dan berat, saya tolak.

“Saya cuba mahu berseronok. Kalau muzikal, ada tarian, nyanyian dan lakonan. Jika ada tiga elemen ini, saya akan sertai. Kalau tidak, saya fokus terhadap lakonan drama,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI