fbpx

Raisa juri jemputan, GV9 tambah seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAISA menjadi juri jemputan pada minggu kelapan GV9 yang berlangsung hari ini.

SHAH ALAM – Program realiti kegemaran ramai, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) membuat kejutan dengan menjemput penyanyi popular Indonesia, Raisa selaku juri jemputan konsert kelapan yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA di sini malam ini.

Ini merupakan pengalaman pertama Raisa atau nama penuhnya Raisa Andriana menjadi juri jemputan dalam pertandingan program hiburan di Malaysia, termasuk sepanjang tempoh penganjuran GV.

Raisa sebenarnya kebetulan berada di Malaysia sempena promosi konsertnya yang bakal berlangsung pada 20 November depan di Zepp KL.

Pada konsert minggu kelapan malam ini, barisan juri tetap masih mengekalkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Sementara itu, pengacaranya, Nabil Ahmad mengumumkan GV9 bakal melanjutkan penganjuran menjadi 10 minggu pertandingan berbanding sembilan konsert minggu sebagaimana perancangan asal.

“Sepatutnya suku akhir diadakan pada hari ini (minggu kelapan) tetapi Astro menambah seminggu lagi.

“Jadi, konsert akhir yang sepatutnya diadakan pada 20 November depan ditukar kepada 27 November,” kata Nabil.

Sebelum ini, pelanjutan konsert GV menjadi 11 minggu pernah dilakukan pada GV6 2019.

Sehingga konsert minggu kelapan malam ini, seramai sembilan penyanyi masih meneruskan perjuangan.

Mereka terdiri daripada Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Asheed, VE, Dina Nadzir, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI