fbpx

PRU15: Saya minta maaf – Ustaz Kazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kazim (tengah) bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Kompleks Darul Barakah, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias menzahirkan permohonan maaf kepada pengundi di Parlimen Larut kerana membatalkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, penarikan dirinya dibuat atas dasar prinsip tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut meletakkan adik-beradiknya sebagai calon.

“Pengundi-pengundi di Larut, saya minta maaf. Walaupun (bukan sebagai calon), saya berjanji akan turun ke Larut sebagai pendakwah.

“Saya akan bantu apa yang boleh untuk sahabat dan saudara-mara saya di Larut, Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau. Insya-Allah, Larut dan seluruh kawasannya tetap di hati saya,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Darul Barakah di sini hari ini.

Mohd. Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim sebelum ini dinamakan Barisan Nasional (BN) untuk mewakili parti itu di Parlimen Larut pada PRU15 menentang calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas pengumuman dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada satu majlis di Kuala Lumpur, Mohd. Kazim menarik diri dan diganti Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, ketika menandatangani watikah dan akujanji sebagai calon bagi BN, dia sama sekali tidak mengetahui abangnya turut menandatangani watikah dan akujanji dengan parti lain.

Katanya, selepas perbincangan diadakan, dia akhirnya membuat keputusan menarik diri sekali gus memberi laluan kepada abangnya, Datuk Mohd. Najmuddin Elias untuk bertanding di DUN Batu Kurau yang berada di bawah Parlimen Larut.

“Sebelum saya menerima tawaran dan pelawaan daripada kepimpinan UMNO negeri, saya menyatakan prinsip bahawa saya tidak mahu bertanding melibatkan ahli keluarga dalam satu Parlimen atau DUN. Itu apa yang diamanahkan arwah ibu kepada kami khususnya saya.

“Saya tidak akan bertanding sesama keluarga kerana akan menimbulkan persepsi tidak berapa cantik di kalangan masyarakat khususnya di Parlimen Larut yang kebanyakannya adalah keluarga, saudara-mara dan anak-anak murid kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI