fbpx

PRU15: Pengundi atas pagar jadi tumpuan calon – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama anggota PDM BN di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Pengundi atas pagar kini menjadi tumpuan utama dalam kalangan parti dan calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana dipercayai boleh menjadi penentu kepada keputusan dalam pilihan raya itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yakin pengundi atas pagar akan didekati oleh semua calon bertanding termasuk calon-calon bebas untuk mendapatkan sokongan.

“(Tetapi) saya yakin pengundi atas pagar juga mahukan kerajaan yang stabil dan mereka mahu kemakmuran di negara kita (sebagaimana ditawarkan BN),” ujar beliau.

Presiden UMNO itu bercakap kepada pemberita selepas program bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas proses pencalonan PRU15 semalam yang menyaksikan tiada kerusi yang menang tanpa bertanding atau pertembungan satu lawan satu sebagaimana yang pernah berlaku pada PRU sebelum ini.

Semalam menyaksikan seramai 1,386 ca­lon layak bertanding bagi mere­but kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PRU15 di seluruh negara.

Jumlah itu melibatkan 945 calon bertanding untuk 222 ke­rusi Parlimen iaitu meningkat hampir 28 peratus ber­banding PRU14 dengan 687 calon me­masuki ge­langgang.

Menurut Ahmad Zahid, didapati sekurang-kurangnya berlaku pertembungan tiga penjuru dengan ada kawasan yang menyaksikan tujuh hingga 10 calon yang bertanding.

Jelasnya, ia secara langsung menunjukkan demokrasi di negara ini ‘dihidupkan’ menerusi tawaran yang dikemukakan setiap calon kepada pengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI