fbpx

PRU15: Lando berprinsip ‘Brotherhood’, tidak hina parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan Sani atau lebih dikenali sebagai Lando.

KUALA SELANGOR – Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Azlan Sani Zawawi memegang prinsip ‘Brotherhood’ dengan kekal tidak bermusuhan atau menghina mana-mana parti politik bagi kempen kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Beliau yang dikenali sebagai Lando berkata, konsep utama yang difokuskannya kini hanya mahu mencabar sistem sedia ada.

Jelas Pengasas Ikatan Silaturahim Bro­therhood (Brotherhood) itu, pihaknya tidak bergaduh dengan parti politik atau kepimpinan terdahulu.

“Kami berterima kasih dan bersyukur kerana ada kepimpinan di Tanjong Karang yang berusaha menyelesaikan isu rakyat sebelum ini.

“Namun, kami mahu satu aliran perubahan dengan menyelesaikan masalah itu tanpa menghina antara satu sama lain sama ada melibatkan parti politik atau bangsa,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Lando bersama penyokong selepas penamaan calon di Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang semalam.

Jelas Lando, beliau semestinya memfokuskan isu masalah jalan berlubang termasuk di kawasan kampung parlimen berkenaan.

“Kami akan melakukan kaji selidik mengenai perkara itu sebelum mengambil langkah atau tindakan lanjut pembaikan jalan.

“Selain itu, saya mahu memfokuskan kepada isu belia dan ekonomi rakyat setempat,” ujarnya.

Tambah beliau, masalah ban pecah yang menyebabkan air melimpah di Tanjong Karang turut akan diberi tumpuan bagi mencari jalan penyelesaian mengatasinya.

Kerusi Tanjong Karang itu menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan turut ditandingi Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd. Yusof (BN), Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi daripada Perikatan Nasional (PN) dan Siti Rahayu Baharin yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Kerusi itu turut ditandingi pesara kerajaan yang bertanding sebagai calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI