fbpx

PRU15: Aktiviti gotong-royong Mas Ermieyati disambut surau kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dimuat naik Mas Ermieyati pada Facebook.

ALOR GAJAH – Aktiviti gotong-royong calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di sebuah surau di sini terpaksa dibatalkan di saat akhir apabila ia tidak mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

Mas Ermieyati dalam satu hantaran dimuat naik di akaun Facebook miliknya memberitahu, pihak ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan hanya memaklumkan kehadirannya tidak dapat diterima atas sebab-sebab yang tidak dapat didedahkan.

“Saya dah sampai dah di Surau Al Iman, Taman Indah. Jadual sepatutnya saya bergotong-royong dengan jemaah di sini pagi ni.

“Tapi saya telah dimaklumkan oleh AJK surau yang mereka tak dapat terima kehadiran saya atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Hantaran dibuat Mas Ermieyati di akaun Facebook miliknya pagi tadi.

Tulisnya lagi, beliau bagaimanapun reda dengan layanan yang diberikan oleh penduduk setempat meskipun pihaknya sebelum ini telah mencurahkan bakti di kawasan tersebut termasuk meluluskan pembinaan jalan tar bagi ke surau berkenaan.

“Hmm, tak apalah, saya faham. Saya hanya pandang dari jauh. Teringat dulu masa awal surau ni dibuat.

“Saya dengan kawan-kawan Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah buat program di sini dan ada permintaan daripada jemaah untuk saya buatkan jalan tar untuk ke surau sana bagi kemudahan jemaah. Telah pun saya luluskan waktu tu.

“Apapun saya doakan semoga urusan mereka semua dipermudahkan,” tulisnya.

Mas Ermieyati berdepan dengan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini menentang calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid; calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Mutalib Uthman dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Handrawirawan Abu Bakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI