fbpx

Polis tahan Peter Anthony, kes kekecohan hari penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peter ketika membuat laporan polis di Balai Polis Tenom semalam. - Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony, dilaporkan ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kejadian kekecohan sewaktu penamaan calon bagi Parlimen Tenom semalam.

Bagaimanapun, dimaklumkan Peter sudah dibebaskan pagi tadi dengan jaminan polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, Presiden KDM itu ditahan sewaktu hadir memberikan keterangan di Balai Polis Karamunsing berkaitan kekecohan di pusat penamaan calon Dewan Datuk Seri Panglima Antanom.

“Proses siasatan dan dokumentasi polis berjalan dengan lancar, tetapi beliau ditahan untuk membantu siasatan tentang kejadian kekecohan yang dilakukan oleh penyokong KDM di pusat penamaan calon.

“Namun Peter sudah dibebaskan pagi tadi atas jaminan polis.

“Polis telah menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 24A (2) Akta Pilihanraya 1954 / Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, hari penamaan calon yang berlangsung Dewan Datuk Sri Antanom semalam, bertukar kecoh difafahamkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai menolak pencalonan Peter selaku calon KDM bagi kerusi Parlimen Tenom.

Kejadian berkenaan menjadi tular selepas beberapa video dimuat naik di media sosial Facebook.

Menerusi salah satu video terbabit, dapat dilihat berlaku kekecohan sehingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong parti KDM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI