fbpx

Pemuda hampir lemas, rasa ‘berat’ seakan ditarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pemuda hampir lemas di Tasik Dayang Bunting, Langkawi.

PETALING JAYA – Bila tamat musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang berlumba-lumba untuk pergi bercuti bersama keluarga dan sahabat tersayang.

Namun harus kita ingat, apabila datang ke negeri orang, perlulah kita menjaga adab dan perkataan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda apabila dengan beraninya dia berenang di Tasik Dayang Bunting, Langkawi tanpa memakai jaket keselamatan.

Isterinya dikenali sebagai @taca_fitri yang memuat naik video berkenaan di media sosial berkata, suaminya ketika itu ‘cakap besar’ dan tidak mahu memakai jaket keselamatan kerana dikatakan pandai berenang.

“Bukan main-main, tapi betul-betul. Hampir lemas di Tasik Dayang Bunting.

“Rasa berat seakan ditarik, kaki tidak kejang pun masa ini dan dia memang pandai berenang,” tulis @taca_fitri dalam video berkenaan.

Namun, suaminya dikatakan berada dalam keadaan selamat dan mengambil pengajaran agar tidak ‘cakap besar’ di tempat orang asing.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, orang ramai berkongsi pengalaman yang sama, terasa seperti seakan-akan ‘ditarik’ ketika berenang di tasik itu.

“Pernah kena nak tunjuk hero, nak naik balik memang susah. Berat rasa,” kata @ekmalblbc.

Ada juga yang berkata, situasi itu disebabkan oleh hukum sains kerana daya apungan di tasik lebih kurang berbanding di laut.

“Graviti air tasik ini memang kuat menarik ke bawah, sebab itu perlu pakai jaket keselamatan,” kata @abgyen729.

Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat 652,800 penonton, 28,900 tanda suka dan 301 perkongsian.

Terdahulu, pada tahun 2019, seorang warga Sudan ditemukan lemas di tasik itu selepas mandi tanpa memakai jaket keselamatan.

Mangsa yang dikatakan datang ke Malaysia untuk berbulan madu bersama isterinya, tidak timbul selepas menyelam di tasik tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI