fbpx

Operator kilang kelapa sawit maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Honda EX5 dan sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 38, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Sungai Tong, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang operator sebuah kilang kelapa sawit maut setelah motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Aiman Mohd. Taqwa, 21, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, Muhammad Aiman dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Tong di sini dari Kuala Nerus.

“Sebaim tiba di lokasi kejadian, Muhammad Aiman yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal.

“Motosikal ditunggangi mangsa sebaliknya telah bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, pemandu lori berusia 30 tahun yang dalam perjalanan ke Hulu Terengganu dari Kok Lanas, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah beliau, mayat Muhammad Aiman telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI