fbpx

Kubu bawah tanah era Perang Dingin bakal dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUBU bawah tanah itu akan dijual pada harga RM135,080. -Cover Images

LONDON – Sebuah bunker atau kubu bawah tanah yang dibina di sebuah kawasan luar bandar di Britain semasa era Perang Dingin akan dijual pada harga tawaran £25,000 (RM135,080), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kubu yang dibina untuk berlindung daripada serangan nuklear itu dilengkapi dengan beg untuk mengisi mayat, topeng gas dan sebuah kotak telefon. Ia boleh diakses menggunakan tangga setinggi 4.3 meter. 

Sebelum ini, ia merupakan sebuah Pos Pemerhati Diraja milik Kementerian Pertahanan (MOD) yang dibina di Legbourne, Lincolnshire pada 1959.

Bilik kebal bersaiz kecil itu dibina untuk menampung tiga pemerhati sekiranya berlaku serangan nuklear. Mereka dibekalkan dengan makanan dan air yang mencukupi untuk bertahan selama 14 hari, selain dilengkapi talian tetap dan komunikasi radio.

Kebanyakan bunker nuklear sejak itu digunakan sebagai tapak untuk mendirikan tiang telefon mudah alih, jadi peluang untuk membelinya jarang berlaku.

Tapak itu mempunyai akses kenderaan dan pemiliknya ketika ini menempatkan sebuah karavan bersebelahan dengan pintu masuk bunker itu di atas tanah.

Mark Colledge, 64, sebelum ini membeli bunker itu di platform eBay pada 2003 dengan harga £12,500 (RM67,540). 

“Saya menjualnya kerana ia adalah masa yang baik melihatkan situasi krisis global semasa dan saya tidak pernah ke sana selama bertahun-tahun. Saya ingin mengumpul wang untuk pergi bercuti,” kata Colledge.

Firma lelongan hartanah, SDL Property akan menjual kubu itu pada 24 November ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI