fbpx

Jururawat potong kaki pesakit untuk dipamerkan di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu didakwa berada dalam kesakitan ketika jururawat tersebut memotong kakinya. - Getty Images/Maskot

WASHINGTON – Seorang jururawat sebuah hospital di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) memotong kaki seorang lelaki yang nazak untuk dipamerkan di sebuah kedai milik keluarganya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mary K. Brown, 38 ditugaskan menjaga pesakit itu, tetapi dia memotong kaki mangsa untuk kepentingan peribadi.

Dia didakwa atas tuduhan melakukan penderaan fizikal dengan niat, menyebabkan kecederaan dan memotong kaki mangsa tanpa kebenaran.

Brown ingin mempamerkan kaki itu di kedai barangan awet milik keluarganya. 

Menurut laporan pendakwaan, wanita itu memotong kaki mangsa pada 27 Mei lalu dan memberitahu jururawat lain bahawa dia ingin mempamerkannya bersama papan tanda ‘pakai but anda, kanak-kanak’.

Seorang jururawat yang hadir ketika Brown melakukan amputasi tersebut berkata, mangsa menggenggam erat tangannya dan mengerang semasa prosedur tersebut.

Pesakit itu memberitahu jururawat berkenaan bahawa dia berasa sangat sakit. Dia dimasukkan ke Pusat Kesihatan dan Pemulihan Valley di Spring Valley pada Mac lalu dengan kedua-dua kakinya mereput akibat ‘frostbite’. 

Menjelang penghujung Mei lalu, doktor berpendapat pesakit itu di ambang kematian, manakala saksi berkata, kaki mangsa tidak dapat diselamatkan. Brown memberi alasan bahawa dia berniat baik terhadap lelaki itu dengan memotong kakinya.

Brown dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 6 Disember ini dan berdepan hukuman penjara maksimum 40 tahun sekiranya didapati bersalah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI