fbpx

Ibu Siti Nurhaliza, Mak Salmah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALMAH Bachik hanya mengalami simptom ringan seperti sakit badan dan batuk.

PETALING JAYA – Usai menyelesaikan konsertnya malam tadi, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menyampaikan khabar duka ibunya, Siti Salmah Bachik dijangkati wabak Covid-19.

Berita tersebut dikongsikan pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu dalam hantaran InstaStory selepas menghabiskan konsert hari pertamanya semalam.

“Balik bilik tengok telefon, dapat berita mak kena Covid-19. Dapat cakap dengan mak baru lega,” ujarnya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana ibunya mengalami simptom ringan seperti sakit badan dan batuk yang tidak teruk.

Menerusi hantaran perkongsian tersebut, pemilik nama penuh Siti Nurhaliza Tarudin, 43, itu memohon peminatnya berdoa supaya ibunya cepat sembuh.

“Ya Allah, jagakan wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh. Mak kuat,” tambahnya.

Hasil semakan Kosmo!, ibunya tidak kelihatan di konsert Music Of The Soul Siti Nurhaliza yang berlangsung pada hari pertama penganjuran, malam tadi.

Hanya kelibat adik-beradiknya, Siti Norsaida dan Siti Norsairah bersama anak saudaranya Ummi Umairah yang hadir bagi menyaksikan persembahan gilang-gemilang tersebut.

Konsert Music Of The Soul Siti Nurhaliza berlangsung selama dua hari iaitu semalam dan hari ini bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI