fbpx

EPL: Chelsea terdesak baiki kedudukan dalam carta EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKARIA (kiri) beraksi cemerlang ketika menentang Zagreb, namun dilapor berdepan masalah kecederaan untuk turun menentang Arsenal. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Graham Potter berdepan dilema untuk memilih kesebelasan terbaik menjelang pertembungan getir menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal di Stamford Bridge malam ini.

Kemenangan ke atas Arsenal amat penting buat The Blues untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas EPL apabila kini berada di tangga keenam selepas mengharungi 12 perlawanan.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh kembali membuka peluang buat Chelsea dalam perebutan kejua­raan EPL memandangkan me­reka ketika ini ketinggalan 10 mata di belakang The Gunners.

Potter, 47, dikatakan mahu menurunkan Denis Zakaria da­lam kesebelasan utama pasukannya selepas pemain tengah Switzerland itu meledak gol kemenangan 2-1 ke atas Dinamo ­Zagreb pada aksi Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Ia adalah perlawanan pertama Zakaria, 25, bersama Chelsea sejak menyertai bekas juara Eropah itu secara pinjaman dari­pada jaguh Itali, Juventus awal musim ini.

Bagaimanapun, bekas pengendali Brighton itu perlu menunggu keputusan laporan perubatan terlebih dahulu selepas Zakaria mengalami kecederaan dan gagal menamatkan aksi ketika menentang Dinamo.

“Dia (Zakaria) kecewa apabila tidak dapat beraksi. Itulah lumrah kehidupan seorang pemain, tetapi dia menanganinya dengan baik.

“Dia sentiasa pastikan dirinya dalam keadaan cergas dan bersedia sekiranya mendapat lampu hijau untuk beraksi. Saya berbangga dan berpuas hati melihat prestasinya.

“Setakat ini dia tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kecederaan serius dan sepatutnya tiada masalah. Saya harap dia boleh beraksi untuk aksi seterusnya (menentang Arsenal),” kata Potter.

Buat masa ini, Chelsea sudah kehilangan ramai bintang besar disebabkan masalah kecede­raan seperti Ben Chilwell, N’Golo Kante, Wesley Fofana, Reece James, Kepa Arrizabalaga dan Mateo Kovacic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI