fbpx

Amaran ribut petir hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia berkata, negeri-negeri tersebut adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Cuaca buruk di Kedah, dijangka melibatkan kawasan Kuala Muda, Baling dan Kulim manakala di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

“Di kawasan pantai timur, ribut petir diramalkan di Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), di Terengganu hanya di Besut sahaja manakala di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin),” katanya.

Tambah MetMalaysia lagi menerusi kenyataan di laman sesawangnya, antara kawasan di Lembah Klang dijangka terkesan dengan cuaca buruk ini adalah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Amaran ribut petir dan angin kencang turut dikeluarkan di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan seluruh Johor.

“Hujan lebat dijangka juga melibatkan Sarawak di kawasan; Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau) dan Limbang manakala kawasan di Sabah adalah Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu),” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI