fbpx

Akibat pelupa, wanita ‘masak’ nasi dalam peti ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan seorang wanita mengeluarkan beras beku dari peti sejuk. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita terlupa memasukkan beras yang sudah dicuci ke dalam periuk elektrik untuk memasak nasi, sebaliknya memasukkan makanan itu ke dalam peti sejuk beku, lapor laman berita yoursay.id.

Video itu dimuatnaik dalam akaun TikTok @kustie.

Wanita itu membuka peti sejuk di rumahnya dan menunjukkan ruang sejuk beku. Dia terkejut melihat periuk nasi itu berada di dalam ruang tersebut.

Dia kemudian mengeluarkan periuk dan terkejut apabila mendapati beras yang sudah dibasuh itu bertukar menjadi ais.

Katanya, dia pada awalnya ingin memasukkan beras itu ke dalam periuk nasi elektrik. Bagaimanapun, fikirannya melayang ketika itu sehingga mendorong dia bertindak di luar jangkaan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya pernah cuba bancuh kopi. Isinya dibuang, pembungkusnya diguna,” kata seorang netizen.

“Baru semalam saya hendak gosok gigi guna pencuci muka. Saya ketawa sendirian di dalam bilik air sehingga suami hairan dan mengetuk pintu. Dia fikir saya menelefon seseorang di dalam bilik air,” kata netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI