fbpx

PRU15: Uncle Kentang bersama 4 calon hantar borang di Parlimen Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uncle Kentang bersama penyokong hadir ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah, Puchong di sini hari ini.

PUCHONG – Kesemua empat calon Parlimen Puchong termasuk seorang calon Bebas selesai menghantar borang pencalonan sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon tersebut adalah Presiden Parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (BN); penyandang kerusi Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin (PH); Chew Jyh Gang (PN) dan aktivis kemasyarakatan, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang (Bebas).

Kesemua calon tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Puchong Indah di sini antara pukul 8.30 sehingga pukul 8.50 pagi dengan diiringi ratusan penyokong masing-masing.

Pegawai Pengurus P103 Puchong, Mohd. Zulkurnain Che Ali sebentar tadi mengumumkan masa penyerahan borang pencalonan telah ditutup tepat pukul 10 pagi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI