fbpx

PRU15: Tiga pemimpin UMNO bertanding tiket parti lawan, bebas, dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

BAGAN DATUK – Tiga pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan bebas pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) ini dipecat dari parti berkuat kuasa serta merta.

Mereka ialah Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang masing-masing bertanding di Parlimen Arau dan Maran atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Seorang lagi ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang bertanding bebas di Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata turut menerima tindakan sama ialah pencadang dan penyokong dalam proses penamaan calon ketiga-tiga pemimpin tersebut sekiranya mereka ahli UMNO.

“Mereka yang tidak terpilih (sebagai calon) dan menjadi calon parti lawan, Perlembagaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ada hak untuk pecat mereka secara automatik, begitu juga pencadang dan penyokong (jika ahli UMNO).

“Ia adalah perkara biasa berdasarkan tata cara dalam UMNO dan BN,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.

Menurut Pengerusi BN itu, beliau sudah mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan untuk mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu hari ini termasuk menyatakan fasal tertentu dalam perlembagaan parti yang membenarkan tindakan tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI