fbpx

PRU15: Sembilan penjuru di Parlimen Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon-calon yang bertanding pada PRU15 bagi Parlimen Ampang bergambar selepas Majlis Penamaan Calon, di Dewan Dato Ahmad Razali hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

AMPANG – Parlimen Ampang menyaksikan pertembungan sembilan penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Parlimen Ampang, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim pada Penamaan Calon Parlimen Ampang di Dewan Dato Ahmad Razali di sini.

Calon-calon tersebut ialah Rodziah Ismail (Pakatan Harapan (PH)), Ivone Low Yi Wen (Barisan Nasional (BN)), M. Raveendran (bebas), Datuk Zuraida Kamaruddin (Parti Bangsa Malaysia (PBM)), Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Lai Wai Chong (Warisan), Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional (PN)), Muhammad Shafiq Izwan Mohd. Yunos (bebas) dan Tan Hua Meng (bebas).

Pada PRU14 sebelum ini, Zuraida mempertahankan kerusi Parlimen Ampang apabila memperoleh 54,307 undi di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) mengalahkan tiga calon lain.

Ketiga-tiga mereka ialah Leong Kim Soon mewakili BN dengan 12,351 undi, Nurul Islam Mohamed Yusoff (Pas) (9,598) dan Tan Hua Meng (Parti Rakyat Malaysia) (294). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI