fbpx

PRU15: Rafizi bersyukur cuaca baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pandan di Dewan Perbandaran MPAJ pagi ini.

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bersyukur kerana cuaca baik di Pandan dekat sini pagi ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita sebelum memasuki Pusat Penamaan Calon Parlimen Pandan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Diramalkan cuaca burukkan, tetapi setakat ini alhamdulillah. Terima kasih semua yang hadir dalam cuaca yang baik ini,” katanya.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, situasi di Pandan menyaksikan PH berada di depan berbanding parti lain.

Menurut beliau, demografi Pandan pengundi bandar yang menyokong PH dan mereka terkait dengan isu-isu ekonomi yang dibawa PH dan PKR.

“Bagaimanapun kita tidak dapat baca dengan tepat mood rakyat. Sebab itu nasihat saya kepada jentera jangan dilihat bongkak dan terlalu yakin.

“Pandan “working class area”. Pandan adalah kawasan orang miskin jadi saya faham keadaan itu cukup tertekan untuk tiga empat tahun lalu,” katanya.

Parlimen Pandan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 dimenangi oleh calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dengan majoriti undi 52,543. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI