fbpx

PRU15: Polis kawal laluan masuk Pusat Penamaan Calon Parlimen Pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di sekitar pusat penamaan calon di Parlimen Pandan pagi ini.

KUALA LUMPUR – Pihak polis sedang mengawal ketat laluan masuk ke Pusat Penamaan Calon Parlimen Pandan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dekat sini pagi ini.

Turut kelihatan petugas media yang telah berkumpul sejak pukul 7 pagi bagi membuat liputan proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di kerusi berkenaan.

Proses penyerahan borang pencalonan akan bermula pada pukul 9 hingga pukul 10 pagi ini.

Kerusi Parlimen Pandan diramal menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan lima penjuru melibatkan calon daripada lima gabungan politik.

Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pejuang Tanah Air (Pejuang).

BN dijangka mencalonkan Leong Kok Wee, Rafizi Ramli (PH), Muhammad Farique Zubir Albakri (PN), Nadia Hanafiah (Pejuang) dan Tan Sri Ong Tee Keat (Warisan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI