fbpx

PRU15: Peter Anthony tiada dalam senarai calon Parlimen Tenom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Peter Anthony tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi penggantungan sabitan salah terhadapnya. - GAMBAR FAIL

TENOM – Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony sah tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ia berikutan semakan yang dibuat di laman sesewang rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati tiada nama bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu disenaraikan sebagai antara calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen Tenom.

Hanya lima calon yang disenaraikan untuk kerusi terbabit iaitu Noorita Sual daripada Pakatan Harapan (PH), Jamawi Ja’afar (Barisan Nasional), Ukim Buandi (Warisan), Riduan Rubin (Bebas) dan Peggy Chaw Zhi Ting (Bebas).

Terdahulu, hari penamaan calon yang berlangsung Dewan DSP Antanom, hari ini, bertukar kecoh dipercayai selepas SPR dipercayai menolak pencalonan Datuk Peter Anthony selaku calon KDM bagi Parlimen Tenom.

Kejadian rusuhan berkenaan menjadi tular selepas dimuatnaik salah satu akaun di media sosial Facebook.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI