PETALING JAYA – Lebih 20 pengamal media mula berkumpul di luar bangunan Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling di sini bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi Hari Penamaan Calon Parlimen Sungai Buloh sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Rata-ratanya sedang menunggu kehadiran calon-calon yang bertanding bagi Perlimen berkenaan dan nama calon Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi tumpuan utama hari ini.
Dalam pada itu, hanya lima orang penyokong parti kelihatan di sekitar lokasi penamaan calon. – KOSMO! ONLINE