SHAH ALAM – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berdepan lapan penjuru bagi
mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mohamad atau dikenali Mat Sabu dicabar D. Kajendran (Barisan Nasional), Mohamed Diah Baharun (Perikatan Nasional), Fahmi Bazlan Muda (Gerakan Tanah Air) dan Sarah Afiqah Zainol (Parti Rakyat Malaysia).
Turut mencabar Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu adalah tiga calon bebas yang masing- masing adalah P. Raveentharan, S. Surendhar dan K. Kumar.
Pengumuman itu dibuat Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kota Raja, Mohd. Rashidi Ruslan.
Mohamad ketika ditemui selepas pengumuman itu menganggap satu proses demokrasi dalam PRU.
“Meriah demokrasi. Bagi saya tiada masalah ( untuk pertahankan kerusi),” ujarnya. -KOSMO!ONLINE