fbpx

PRU15: Mat Sabu sedia lawan sesiapa sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu ketika tiba di pusat penamaan calon Parlimen Kota Raja hari ini.

SHAH ALAM – Penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja pesaing yang mendaftarkan diri sebagai calon bagi kerusi itu hari ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) yang lebih dikenali Mat Sabu turut berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima mana-mana individu menerima pencalonan mereka.

“Kita berharap (proses penamaan calon) berlaku dengan baik hari ini.

“Siapa sahaja hendak bertanding, kita harap diterima dan sistem demokrasi di negara kita dapat diteruskan bahkan dapat diperbaiki dari masa ke semasa,” katanya sebelum memasuki pusat penamaan calon di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 32 hari ini.

Mat Sabu dijangka berdepan empat calon lain bagi mempertahankan kerusi itu antaranya D. Kajendran (Barisan Nasional), Mohamed Diah Baharun (Perikatan Nasional), Fahmi Bazlan Muda (Gerakan Tanah Air) dan Sarah Afiqah Zainol (Parti Rakyat Malaysia)

Pada PRU14 lalu, Mat Sabu menang dengan majoriti besar iaitu 71,142 undi mengalahkan calon Pas, Mohamed Diah dan V. Gunalan dari BN. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI