PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tiba di Dewan Kenanga Kompleks Pejabat Kerajaan daerah di sini sekitar pukul 9 pagi bagi menghantar borang pencalonan Parlimen Sungai Buloh sempena Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Dalam pada itu, para penyokong parti tersebut yang berada di luar bangunan kompleks dilihat melambai dan memberi sokongan kepada beliau. – KOSMO! ONLINE