fbpx

[VIDEO] PRU15: KJ potong jambang, rambut lepas jadi calon Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin segak berbaju Melayu lengkap ketika hadir di Dewan Kenanga, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Sungai Buloh hari ini.

PETALING – Calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini kelihatan segak berbaju Melayu berwarna biru lengkap bersamping serta potongan gaya rambut dan jambangnya telah mencuri tumpuan ramai.

Khairy Jamaluddin yang hadir di Dewan Kenanga, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah di sini bersama seorang pencadang dan penyokong bagi menghantar borang pencalonan Parlimen Sungai Buloh sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, Kosmo! Online difahamkan Khairy Jamaluddin tidak memotong rambut dan jambangnya sejak kekalahan BN pada PRU14 lalu.

Beliau juga sering muncul dengan gaya rambut panjang seperti ‘papa rock’ di mana-mana majlis sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

@khairykj Alhamdulillah, berkesempatan bersama jemaah di Surau As Sahabah di Seksyen 7 Kota Damansara semalam untuk Solat Maghrib, bacaan Yaasin dan Solat Hajat. #kitajagasungaibuloh #KJ4SB ♬ original sound – Khairykj

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI