fbpx

PRU15: Ismail dan Shahaniza berentap dalam saingan empat penjuru di Maran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Abdul Muttalib (dua kiri) dan Shahaniza Shamsuddin (dua kanan) bakal bertembung di kerusi Parlimen Maran selepas diumumkan sebagai calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

MARAN – Kerusi Parlimen Maran bakal menyaksikan pertembungan utama antara bekas penyandangnya, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain dua pemimpin itu kerusi Parlimen itu turut ditandingi oleh calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Shuhor Awang dan calon Bebas, Muhamad Hafiz Ishak.

Ismail membuat kejutan selepas diumumkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Maran atas tiket PN selepas tidak dicalonkan semula BN.

Ismail menjadi Ahli Parlimen Maran selama empat penggal bermula 2004 dan dalam tsunami politik PRU-14 lalu beliau menang kerusi Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 undi.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit, pertandingan tiga penjuru bakal berlangsung iaitu calon BN, Jamaluddin Md. Marzuki, calon PN, Mohd Sofian Abd Jalil dan Mohd Afandi Abd. Rani daripada PH.

DUN Kuala Sentul menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu Mohd. Khairuddin Mohd. Ali Hanafiah (BN), calon PN, Datuk Jasri Jamaludin dan calon PH, Amran Tahir.

Kerusi DUN Chenor pula menampilkan pertembungan tiga penjuru antara calon PH, Nor Hisham Mohd. Sukie, Saiful Anuar Mokhtar daripada BN dan calon PN, Mujibur Rahman.

Pengumuman calon terlibat dilakukan oleh Pegawai Pengurus Parlimen Maran yang juga Pegawai Daerah Maran, Datuk Sharuddin Jali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI