KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.
Terdahulu, Johari bersama puluhan menyokong beliau bergerak dari pusat berkumpul BN di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri kira-kira pukul 8.40 pagi sebelum tiba 10 minit kemudian di PPC.
Johari dijangka berdepan pertembungan tiga penjuru di Parlimen Titiwangsa melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh sebanyak 23,840 undian pada PRU14.
Pada PRU14, Rina menewasan Johari yang memperoleh sebanyak 19,701 undian manakala calon Pas, Mohamad Noor Mohamad hanya memperoleh 6,845 undi.
Bagaimanpun, pada PRU kali ini, Rina tidak mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa berikutan bakal bertanding di Parlimen Sepang menggunakan tiket PN. -KOSMO! ONLINE