KUALA LUMPUR – Calon bebas pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, atau lebih dikenali Cleopatra, tiba di pekarangan pusat penamaan calon Parlimen Batu di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama pukul 8.30 pagi tadi.
Cleopatra difahamkan hadir untuk mengemukakan borang pencalonan bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Batu.
Kehadiran pengarah syarikat pertahanan dan keselamatan yang akan bertanding sebagai calon bebas itu antara yang dinanti-nantikan para pengamal media sejak awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE