fbpx

PRU15: Calon PH Gua Musang menangis, sebak pertama kali bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asharun menangis ketika ditemui pemberita sebelum menyerahkan borang penamaan calon di pekarangan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini. FOTO/ AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Gua Musang, Asharun Uji, 48, menangis teresak-esak sebelum menyerahkan borang penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan di sini untuk proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Pada mulanya, Asharun tersenyum dan melambai ke arah pihak media, namun secara tiba-tiba menangis sambil melaungkan kata-kata ‘ini bukan soal parti tetapi soal nasib rakyat, mari bangkit bersama-sama saya’.

Laungan Asharun itu turut mengejutkan beberapa orang petugas keselamatan yang berada di kawasan berhampiran.

Asharun yang lebih mesra dipanggil Abe Yo mengakui berasa sebak kerana pertama kali bertanding, namun tetap bersemangat demi perjuangan dan perubahan rakyat di Gua Musang.

“Saya sebak kerana Allah SWT telah gerakkan hati saya sebegini. Saya banyak kelemahan dan kekurangan, tetapi Allah SWT gerakkan hati untuk membantu rakyat.

“Jadi, saya harap semua rakyat sama-sama memberi sokongan dan peluang untuk menterjemahkan hasrat kita semua,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Parlimen Gua Musang menyaksikan pertembungan empat penjuru Asharun bersama calon daripada Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Mohd. Azizi Abu Naim (Perikatan Nasional) dan Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat (Gerakan Tanah Air).

Pengumuman calon Parlimen bagi PRU15 itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ab. Pattah Hasbullah.

Calon BN, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi calon pertama dalam senarai pencalonan diikuti Mohd. Azizi, Samsu Adabi dan Asharun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI