fbpx

PRU15: BN guna strategi baharu tarik pengundi Permatang Pauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaidi (tengah) bersama penyokong yang mengiringinya ke Pusat Penamaan Calon di IKTBN Bukit Mertajam di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Barisan Nasional (BN) bakal memperkenalkan strategi baharu dengan memfokuskan empat isu utama sepanjang kempen menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Calon BN, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, masalah banjir, isu perumahan, jalan raya dan sekolah yang masih membelenggu penduduk kini menjadi keutamaan.

“Kali ini memang berbeza memandangkan BN pernah menjadi pembangkang dan PH pernah menjadi kerajaan, maka kita berada dalam gelanggang dan padang yang sama.

“Kedua-dua parti mempunyai kebaikan dan kelemahan cuma apa yang boleh saya katakan, di peringkat BN Permatang Pauh kita akan tampilkan isu-isu seperti yang dinyatakan.

“Ini akan menjadi strategi kempen yang ditawarkan kepada penduduk setempat malah kita perlu satu anjakan baharu supaya segala permberhentian pembangunan dalam tempoh 23 tahun dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, calon PH, Nurul Izzah Anwar pula berkata, beliau mengharapkan pengundi muda akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Saya pernah berumur 18 tahun dan tidak boleh mengundi ketika itu, namun sekarang masa depan saya, masa depan semua kerusi-kerusi di Malaysia, sebahagiannya terletak dalam tangan pengundi muda.

“Jadi undilah baik-baik kerana tidak selalu dapat peluang sebegini lebih-lebih lagi kita nampak pilihannya jelas di depan mata, antara jauhari dengan manikam antara madu dan juga racun,” katanya.

Pada PRU15 ini, penyandang kerusi parlimen itu bakal menentang calon BN, Mohd. Zaidi, Muhammad Fawwaz Mat Jan (PN) dan Mohd. Nasir Othman (GTA).

Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.

Beliau mendapat 35,534 undi mengalahkan calon Mohd. Zaidi (BN) yang memperoleh 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).

Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI