fbpx

PRU15: Azwan Ali sokong Amiruddin, doa Azmin kalah besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZWAN ALI memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Gombak.

GOMBAK – Biarpun menarik diri daripada merebut kerusi Parlimen Gombak atas tiket calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pengacara sensasi Azwan Ali menzahirkan sokongannya terhadap Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali, 56, berkata, dia melihat kredibiliti figura itu untuk memakmurkan penduduk Gombak sekiranya berjaya menang kerusi panas atau hot seat tersebut.

“Datuk Seri Amiruddin Shari banyak menyokong saya. Dia panggil saya ‘abang’. Saya doakan sukses buat beliau,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, Azmin membuat kejutan apabila menarik diri daripada merebut kerusi hot seat berkenaan atas bebebapa sebab termasuk mendengar bisikan Allahyarham ibunya, Che Tom Yahaya.

Getus Azwan lagi, biarlah pertembungan berlangsung sengit antara dua figura hebat iaitu Amiruddin Shari dan abangnya, Datuk Seri Azmin Ali.

“Biar dua nama (Amiruddin dan Azmin) berhentam. Yang lain itu memang kalah. Tak payah menyibuk jadi calon.

“Mana tahu Amiruddin menang! Itu sahaja yang saya doa siang malam.

“Dan, saya akhiri kenyataan saya dengan memastikan (mengharapkan) kekalahan besar Azmin Ali.

“Sungguhpun begitu, sokongan terbuka saya berikan kepada Amiruddin tidak bermaksud saya masuk parti PH. Saya suka cara dia berkerja sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Azwan menarik perhatian masyarakat apabila mengumumkan sekali lagi bakal bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU15 di Parlimen Gombak. Sungguhpun begitu, dia menarik diri daripada bertanding pada saat-saat akhir.

Jika bertanding, Azwan bakal menentang abangnya sendiri, Datuk Seri Azmin Ali daripada parti Perikatan Nasional dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari mewakili PKR. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI