fbpx

PRU15: 64 calon rebut 15 kerusi DUN Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon-calon bagi DUN Tambun Tulang pada proses penamaan calon di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau, hari ini.

KANGAR – Seramai 64 calon berentap bagi merebut 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kerusi DUN Bintong yang disandang Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menjadi tumpuan apabila melibatkan pertembungan enam penjuru.

Selain itu, kerusi DUN Titi Tinggi turut menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, DatuK Zahidi Zainul Abidin dan lima calon lain.

Di kawasan DUN Simpang Empat, angka sama turut dicatatkan selepas penyandang kerusi itu, Nurulhisham Yaakob dari BN bakal dicabar calon daripada blok politik PN, PH, Warisan, Pejuang dan bebas.

Kerusi-kerusi DUN dalam Parlimen Kangar mencatatkan pencalonan tertinggi seramai 23 calon, diikuti DUN di bawah Parlimen Arau (22) dan DUN di bawah Padang Besar (19). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI